Contact phone number:

Contact email:

Terma dan Syarat

01/05/2015

Berikut merupakan terma dan syarat bagi pihak pengguna yang ingin mendaftar dan menyenaraikan perniagaan di laman web PeniagaMuslim.my

Pihak PeniagaMuslim.my menerima semua senarai perniagaan daripada pengguna kecuali senarai berikut:

  • Senarai yang didaftarkan mengandungi perkara-perkara terlarang seperti pornografi, dadah, bahan memabukkan, perjudian, riba dan perkara-perkara yang dilarang oleh undang-undang dan syarak.
  • Senarai yang mengandungi perkara-perkara penipuan seperti scam atau skim cepat kaya atau pautan ”Phishing” bertujuan untuk mendapatkan maklumat peribadi.
  • Senarai yang menggunakan gambar-gambar atau ayat-ayat yang tidak bermoral seperti menggunakan gambar lucah atau ayat lucah.
  • Senarai yang bertujuan untuk memalukan atau merendah-rendahkan pihak lain.
  • Pihak PeniagaMuslim.my tidak bertanggungjawab atas segala isi atau pautan yang diberi oleh pengguna sama ada dari segi kualiti atau jumlah pelawat.
  • Pengaktifan senarai utama bagi ‘Pelan Berbayar’ akan dibuat dalam masa kurang 24-48 jam selepas pihak pengiklan menghantarkan bukti pembayaran kepada pihak PeniagaMuslim.my.
  • Tempoh pengiklanan di senarai utama bagi ‘Pelan Berbayar’ untuk sekali bayaran adalah selama setahun (365 hari) dan e-mel akan dihantar untuk memaklumkan tempoh tamat sesuatu senarai, bayaran boleh dibuat untuk penyambungan tempoh sesuatu senarai. Kelewatan pembayaran akan menyebabkan senarai diarkibkan dan dipadam secara automatik.
  • Pengguna dibenarkan membuat pengubahsuaian dan mengemaskini senarai perniagaan dalam tempoh pengiklanan dan ia juga tertakluk di atas persetujuan PeniagaMuslim.my.
  • Pengguna boleh membatalkan pengiklanan mereka sebelum tempoh tamat, tetapi pihak PeniagaMuslim.my tidak akan mengembalikan wang pembayaran.
  • Pihak PeniagaMuslim.my berhak menambah terma dan syarat sebelum senarai diletakkan di laman web.
  • Pihak PeniagaMuslim.my berhak berhak menamatkan kontrak senarai perniagaan dan membatalkan mana-mana banner senarai atau acara sekiranya pihak pengguna melanggar terma dan syarat ini. Sebarang pertanyaan bolehlah di e-melkan kepada: [email protected]
  • Pengiklanan di senarai utama bagi ‘Pelan Berbayar’ di PeniagaMuslim.my berdasarkan “first come, first serve”. Hanya 8 senarai utama akan disiarkan di laman utama.
  • Kesemua bayaran adalah muktamad dan tidak akan dikembalikan.
  • PeniagaMuslim.my berhak menolak sebarang senarai perniagaan dengan apa jua sebab.
  • PeniagaMuslim.my berhak meminda dan mengubah syarat yang ditetapkan tanpa memberi notis terlebih dahulu.
  • Setiap senarai perniagaan yang telah tamat, pihak pengguna berhak untuk menyambung atau menamatkan pengiklanan anda dengan PeniagaMuslim.my.
  • Senarai perniagaan yang dipamerkan akan mengikut format PeniagaMuslim.my berdasarkan ruang yang telah ditetapkan.
  • Pihak PeniagaMuslim.my akan mengeluarkan senarai selepas kontrak pengiklanan tamat. PeniagaMuslim.my akan beranggapan bahawa pihak pengguna sudah tidak berminat untuk menyambung kontrak pengiklanan sekiranya tiada sebarang bayaran tambahan diterima untuk menyambung tempoh iklan senarai perniagaan.
  • Senarai utama bagi ‘Pelan Berbayar’ akan disiarkan dalam masa 24-48 jam setelah pihak PeniagaMuslim.my menerima bayaran penuh daripada pihak pengguna.
  • Pihak PeniagaMuslim.my memberi peluang untuk pengguna menggunakan material pengiklanan (banner) sendiri mengikut saiz yang ditetapkan. Pihak PeniagaMuslim.my tidak menyediakan perkhidmatan merekabentuk pengiklanan. Pihak pengguna perlu menyediakan material banner sendiri.
  • Pengguna boleh memilih untuk mengiklankan dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris sahaja.
  • Segala syarat di atas adalah tetap buat masa kini dan pihak PeniagaMuslim.my berhak meminda terma dan syarat ini pada masa hadapan

Penafian

PeniagaMuslim.my tidak akan menjamin bahawa bahan-bahan di laman ini bebas daripada kesilapan, dan kesilapan akan diperbetulkan, atau laman web atau server yang sedia ada bebas dari virus atau lain-lain komponen yang membahaya.

Penggunaan PeniagaMuslim.my adalah atas risiko anda keseluruhannya. Anda mesti menilai dan menanggung segala risiko ke atas apa-apa jua yang berkaitan dengan penggunaan sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman web, termasuk kepercayaan ke atas ketepatan, kesempurnaan atau faedah kegunaan apa juga kandungan.

Walaupun kami akan menggunakan ikhtiar yang munasabah untuk mengekalkan kandungan, kami tidak akan memikul tanggungjawab untuk menyediakan sokongan atau perkhidmatan mengawalselia ke atas kandungan.

PeniagaMuslim.my tidak akan bertanggungjawab untuk arahan yang dibuat secara langsung oleh pengguna kepada pengguna ke atas respons sebarang iklan yang disiarkan dalam laman web.

Pengguna laman web PeniagaMuslim.my faham dan setuju yang kami tidak akan bertangungjawab terhadap ketepatan dan kesahihan maklumat yang dihantar oleh pengguna dalam mana-mana bentuk interaktif.

Untuk sebarang pertanyaan, maklumbalas, aduan dan cadangan mengenai laman web PeniagaMuslim.my, sila hubungi kami melalui e-mel: [email protected]